Hari Terbuka PI Stungkor Baru Bersama Komuniti
16 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Stungkor Baru dengan kerjasama PI daerah Bau dan Lundu telah mengadakan Hari Terbuka PI bersama Komuniti bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Stungkor Baru. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan PI dengan JKKK serta komuniti dan menggalakkan aktiviti berkongsi dan bertukar pendapat bersama usahawan. Program ini telah melibatkan agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM), Pejabat Kesihatan Daerah Lundu dan belia serta komuniti penduduk kampong Stungkor Baru. Antara aktiviti yang diadakan ialah permainan klik Dengan Bijak, pertandingan tarian, pertandingan masakan dan ceramah keusahawanan oleh AIM serta saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lundu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: